Saturday 21 December 2013

Saya dan Kesayangan Saya

Assalamualaikum w.t.b

Hari ke 2- Entry#1

Saya- Nurul Ain Roslan, ibu kepada 2 org anak.  Buat masa sekarang, next time mungkin bertambah kot.. Isteri kepada seorang lelaki macho sebelah saya tu..Macho ke? Mesti lah, pada saya cik abang saya la paling hensem n macho.. Sebelah tu Puteri kesayangan Nurul Aina Zakiyyah. Cik Aina yang peramah dan bijak.

Ni dia Cik Aina Zakiyyah kami, bercakap macam org besar, bijak, peramah. Baik, cantik, solehah, manja..semua lah. (yang baik je la). Lagu kegemaran 1,2,3 sayang semua, cerita kegemaran Upin Ipin. Suka makan buah. Semua jenis buah. Terutama rambutan, mangga dan durian. Sehari tak de budak comel ni senyap rumah. (selalu ikut ayah dia g keje.)
 

 Ni pulak putera kesayangan mummy dan ayah, Iman Naufal. Comel, mata bulat, popular dikalangan anak2 dara sedara belah ayah dan mummy. huhuhu..comel sangat. Manja, cerdik, dah pandai berjalan berumur setahun sebulan. Yang ni manja dengan mummy. Masih menyusu badan. Makan kegemaran nasi goreng,mee goreng, nasi minyak..(g kenduri makan banyak) Kalau gathering dgn family, mummy sgt free sebab semua org nak pegang dia. Relaks mummy. Lagu kegemaran alif ba ta, cerita kegemaran Upin Ipin.



Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan kurniaan Tuhan ni. Semoga menjadi Insan yang berbakti kepada mummy dan ayah. Love u so much.. K la t sambung lagi

Friday 20 December 2013

Vitamin Shaklee Untuk rawatan Sakit Sendi

Assalamualaikum w.b.t

Cabaran Hari Pertama- Sakit Sendi

Apa yang saya akan kupas hari ni..
  • Apa itu Sendi? 
  • Apa punca sakit sendi @ lebih mudah kita sebut sakit lutut? Common menyerang  orang-orang yang berusia.
  • Cara Rawatan.

Apa itu Sendi?


Ini la Gambarajah Sendi Kita
 Ni gambar sendi kita. Sendi ada pada siku, lutut dan lain2 tempat yang boleh digerakkan dan dibengkokkan. Sendi membantu kita menggerakkan lutut, siku, dan jari jemari. Sendi menyambungkan antara 2 tulang. Ia terdiri daripada Tulang rawan, tendon, ligamen dan bendalir Sinovia.


Apa punca sakit sendi@ paling common terjadi Sakit lutut?

Sakit lutut @ sendi berlaku bila Bendalir Sinovia yang bertindak sebagai pelincir berkurangan dan tulang rawan (kusyen) bergesel antara satu sama lain dan menjadi haus. Bendalir Sinovia ni akan berkurang selari dengan penambahan usia. Ia sering kali terjadi kerana kecederaan sukan.

Rawatan Sakit Sendi@sakit lutut


Kalau ikut rawatan kesihatan moden, masalah ni hanya diatasi dengan pembedahan. Paling common kalau pergi klinik, doktor bagi ubat tahan sakit.

Secara semulajadi, kita boleh mengantikan bendalir dan tulang rawan dengan mengambil makanan tambahan @ vitamin yang boleh menggalakkan pertumbuhan semula tulang rawan dan bendalir sinovia tu.

Antara supplement Shaklee untuk sakit lutut ialah, Ostematrix, Advance Joint Health Tablet, Omega Guard dan Shaklee Collagen Powder

  • Advance Joint Health Tablet-
    •  AJHT juga bertindak menyokong keselesaan sendi,memelihara tisu penyambung yang sihat dan meningkatkan kesan kusyen. Ia mengandungi ekstrak jagung yang bertindak untuk membina tulang rawan dan bendalir sinovia dan juga Boswellia yang merupakan anti radang semula jadi.
  •  Omega Guard
    • Omega 3 dalam Omega Guard boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia juga merupakan anti radang semulajadi yang memelihara sendi dari kehausan.
  • Ostematrik
    • Sinonim dengan tulang dan gigi. Mengandungi kalsium yang menguatkan tulang dan gigi. Kekurangan kalsium menyumbang kepada masalah sendi dan tulang. Yang unik nya Ostematrik  ia mengandungi magnesium yang juga menyelesaikan masalah sembelit dan sebagai pemangkin penyerapan kalsium yang sempurna.


  • Collagen Powder
    • Collagen  membantu mengekalkan kepadatan tulang rawan yang berkurangan sejajar dengan peningkatan usia. Tulang Rawan kita terdiri daripada collagen. Semakin kita berusia, kolagen dalam badan semakin berkurang dan badan tidak mampu untuk top up kolagen dalam tulang rawan.Kolagen tambahan diperlukan untuk mengekalkan tulang rawan yang sihat. 


Untuk memelihara kesihatan sendi yang baik anda boleh mengamalkan vitamin-vitamin ini, semua @sebahagian pun sudah mencukupi. Tapi untuk maklumat lanjut anda perlu berhubung dengan saya untuk konsultasi percuma.

Sila hubungi saya

NURUL AIN ROSLAN 
SID#919305
whatsapp shj 0164115145
sms 0162385145
klik di nama untuk cari saya di facebook







School Holiday

Assalamualaikum..
Salam berShaklee teman2 semua..
Lama tak update blog ni..Ni pun kena paksa..hahaha..bila nanny buat cabaran baru la nak update..hihihi..bersawang dah..
Hari ni nak update tentang aktiviti saya dan family sepanjang cuti sekolah ni.. sebenarnya xde pe pun aktiviti yang menarik yg ktrg buat.. pergi picnic kat PD je.. hari2 lain duduk rumah buat nasi lemak.. hahaha..bosan kn??.. tp saya suka..at least terisi juga perut2 mereka yg kelam kabut nak g keja tp x sempat sarapan..semoga mereka dpt menjalankan tugas dgn baik.. perut kenyang badan bertenaga produktiviti meningkat.. elok juga wat tagline ESP ni..hihihi..


Bercuti ke Port Dickson
Hari sabtu, tanggal 7 Dec, kami sekeluarga bersama adik2, Hanafi, Mader, Amin,Liyana n Ucu sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson.. awal jg kami rancang holiday ni.. dah lama x berjalan adik beradik.. Mak n ayah x dpt join.. kereta rosak.. kalau mak ada mesti seronok.. tp xpe la..lain kali ktrg nak g dgn mak sekali..
Kami menginap di Bayu Beach Resort.. Apartment 2 bilik.. Harga ok la.. x mahal sgt.. kongsi ramai2.. sewa 2 unit, 1 untuk ktrg adik beradik, 1 utk ucu sekeluarga..
Kami check in hari sabtu. Sampai2 je Aina dah geram tgk laut.. xsabar dia nak g mandi.. apa lg, letak je beg, salin baju terus ke pantai.. mandi la aina n iman sepuas-puasnya.. sampai mengigil2.. tu pun x nak naik.. bila hujan terpaksa jg la naik.. seronok tgk anak2 main air.. lps hujan berhenti,sambung lg mandi kat kolam resort lak.. hai aina, mmg suka main air..
Walaupun satu malam je di Port Dickson tp anak2 seronok sgt. Seronok main air.. sampai menggigil2.. Lain kali kt dtg lg ye..
Aktiviti lain, minggu lps g kenduri anak sedara husband saya kahwin di Kg Kalo.. Seronok dan meriah.. Aina la paling excited, dia suka g rumah org kahwin.. "pengantin bayu".. (bayu tu baru..pelat r).. suka sgt nyanyi lagu ni:
'Siya ya siya pengantin bayu,
Siya masuk, jgn mayu2'
Faham x? Mcm2 Aina ni..
Esok, kami nak g Zoo Melaka.. bw budak2 g tgk haiwan lak..  tunggu ye update g Zoo lak..
BYE..SAYONARA!!
Aina dan pengantin bayu
Sharol, Daniel, Liyana.Aina yg pakai baju pink kat belakang tu

Friday 6 December 2013

Set Shaklee Untuk Rawatan Ekzema

Assalamualaikum..

Ekzema adalah salah satu penyakit alahan. Saya secara personally tidak pernah mengalaminya. Malah anak-anak pun tak pernah lagi kena penyakit ni. Tapi Ekzema ni mudah terjadi pada kanak -kanak dan bayi. Dari pengalaman anak kawan-kawan saya, memang kesian. Gatal pas tu berair. Kalau saya anak-anak kena gigit nyamuk pun saya geram. Inikan pula tengok anak-anak yang kena ekzema ni. Kesian sungguh.

Kalau pergi klinik, doktor akan bagi ubat gatal @steroid (yang sapunye) untuk hilangkan ekzema tu. Tapi steroid ni tak elok dan bagi banyak kesan buruk kepada badan. Seperti pengalaman kawan office saya dulu, kena ekzema dari kecil, dan bergantung pada steroid untuk hilangkan gatal-gatal tu. Bila tak sapu mula la naik gatal-gatal satu badan. Kesian sangat. Orang nya cantik. Tapi di sebalik tu tersimpan satu penderitaan yang maha hebat.

Jadi pada yang mengalami masalah ni, saya nak cadangkan Set Ekzema ini untuk rawatan ekzema.



Set ni terdiri dari 

  • Vitamin E
Fungsi Vitamin E untuk melicinkan kulit dan mengeringkan luka-luka ekzema. Mengikut pengalaman sahabat saya yang anak nye mengalami ekzema, sapu je ia pada luka tu supaya cepat kering. Bila ada bintik berair mula naik, sapu pada bintik tu . Vitamin E Shaklee, bagusnya dia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur inilah yang membuatkan Vitamin E Shaklee cepat nampak kesan dan meningkatkan efisiensi nya.

One more thing, Vitamin E juga akan mengelakkan luka terkena jangkitan bakteria. Dia memang diformulakan untuk memperbaiki sel kulit supaya cepat sembuh. dan juga membantu meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema tu.
 
  •   Omega Guard
Omega Guard bertindak memastikan kulit untuk kekal lembap. Untuk Ekzema, kulit tidak boleh kering, nanti luka akan jadi pedih dan gatal. Omega Guard dan ESP boleh mengelakkan Ekzema naik satu badan. Ia merawat kulit dari dalam. Sahabat saya tu bagi anak dia makan Omega Guard dan ESP. Menurut beliau, kalau miss, mesti naik kat kulit dan badan.


  • ESP
ESP atau Energising Suy Protein ni berfungsi untuk membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila kulit luka akibat ekzema, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik. 


  • Herbal Blend
Mengikut pengalaman sahabat saya ni, dia sapu luka anak dia tu Herbal Blend dulu. Herbal Blend ni melegakan  gatal and pedih-pedih luka tu. Ia memberikan rasa sejuk, then gatal dan pedih pun hilang.

Lepas 5 hari guna kan set Ekzema ni, Alhamdulillah, luka ekzema anak sahabat saya tu pulih tanpa meninggalkan sebarang parut. HEBAT kn??




Kalau berminat untuk ,mendapatkan SET EKZEMA ni boleh submit order kat SINI atau
 
Sila hubungi saya


NURUL AIN ROSLAN 

SID#919305
sms/whatsapp 0164115145
klik di nama untuk cari saya di facebook